Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

243) KESIHATAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan kesihatan awam selain memenangi wabak seperti Denggi, H1N1 dan lain-lain lagi?

    1. Selain daripada kawalan dan pencegahan denggi dan H1N1, kerajaan juga  terlibat dalam merancang aktiviti yang meningkatkan kesihatan masyarakat di negara ini. Antaranya:
      1. meningkatkan kualiti rawatan pesakit di semua fasiliti kesihatan sama ada di hospital dan klinik
      2. memperluaskan liputan kemudahan kesihatan melalui klinik 1 Malaysia dan menyediakan perkhidmatan di klinik pada hari Sabtu dan Ahad dan melanjutkan waktu rawatan di klinik sehingga pukul 9 malam pada klinik-klinik
    • menjalankan program dalam komuniti seperti program kesihatan di sekolah, program kesihatan di tadika, rumah penjagaan warga emas dan lain-lain kempen kesihatan.
  2. Berapakah jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 dan 2009 untuk sumbangan kepada pesakit-pesakit miskin yang tidak mampu menjelaskan bayaran perubatan?

    1. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan rakyat terutama mereka yang miskin dan warga emas. Kepada pesakit-pesakit miskin yang  tidak mampu menjelaskan bayaran perubatan mereka dikecualikan bayaran bil hospital yang dikenakan kepada pesakit dan rawatan yang diberikan adalah secara
  3. Adakah kerajaan bersedia memberi sumbangan berkala kepada warga emas untuk membiayai kos perubatan/ kesihatan?

    1. Pada masa ini, dalam sistem perkhidmatan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia,semua keperluan warga emas untuk kos perubatan dan kesihatan adalah diberikan percuma bagi mereka yang tidak mampu membayar  kos    Kemudahan ini diberikan berterusan kepada semua warga emas Warga Negara  Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.