Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
113) KESIHATAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Minta Kerajaan Negeri nyatakan pelan tindakan untuk mencegah wabak denggi dan langkah untuk mengurangkan kes denggi di Selangor
Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 pada 3 November 2014. Pelan ini diwujudkan bagi membuktikan mengenai komitmen serius Kerajaan Negeri Selangor di dalam aktiviti membanteras denggi di peringat negeri Selangor. Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 ini akan dilaksanakan oleh semua pihak Negeri Selangor secara berperingkat dan menyeluruh di bawah penyeliaan Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor. Pelan Tindakan ini memfokuskan kepada tiga bentuk pendekatan utama, iaitu : –
- Kawalan dan Tindakan
- Aktiviti kesedaran dan promosi
- Pemantauan secara berterusan
Di samping itu, tindakan pencegahan yang melibatkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan semua Pihak Berkuasa Tempatan telah dilaksanakan sejak November 2013 dan ianya telah terbukti berkesan di dalam mengurangkan jumlah kes denggi di Negeri Selangor. Antara aktiviti yang di jalankan oleh pihak PBT dan JKN Selangor adalah seperti berikut:-
- Pemeriksaan ke tapak binaan, premis-premis, rumah-rumah,
- Membuat semburan SRT, ULV, TIFA dan bti,
- Menggiatkan aktiviti gotong –royong di setiap kawasan berkaitan; dan
- Kempen kesedaran di sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor
Selanjutnya, Jawatankuasa Tetap Kesihatan turut mengadakan Mesyuarat Mingguan Denggi yang dipengerusikan bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan (YB EXCO Kesihatan – YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi) dan semua
PBT di Negeri Selangor akan membentangkan aktiviti minggu yang telah dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing di dalam aktiviti membanteras aedes.
Selain itu, pada tahun ini, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Pelan Tindakan Denggi PBT yang telah diperkenalkan oleh KPKT dan dilaksanakan di Lokaliti Hotspot. Tempoh pelaksanaan Pelan ini adalah 2 bulan bermula 24 Julai sehingga 23 September 2014. Pelan tersebut telah menetapkan semua PBT perlu melakukan pemantauan ke beberapa kawasan berpotensi tinggi berlaku pembiakan seperti di tempat-tempat berikut:
- Kawasan pelupusan sampah,
- Kawasan projek terbengkalai,
- Tempat pembuangan sampah haram,
- Tempat pengumpulan barangan lusoh,
- Kawasan rumah atau tanah kosong yang
Peruntukkan daripada KPKT turut telah diagihkan kepada semua PBT Selangor yang berjumlah RM 1.04 juta dengan RM 930 ribu diperuntukkan untuk outsourcing perkhidmatan kutipan sampah tambahan (sampah haram) dan RM 400 ribu untuk pembelian Temephos EC.
Yang terkini, satu Program Gotong-Royong Mega: Terjah & Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 telah di adakan pada 16 November dengan penyertaan menyeluruh dan dijalankan serentak oleh seluruh masyarakat negeri Selangor. Strategi utama program ini adalah aktiviti “cari dan musnah” kawasan potensi pembiakan nyamuk di dalam dan di luar rumah oleh setiap individu serta masyarakat. Pelaksanaan program seumpama ini akan diteruskan sehingga akhir disember tahun 2014 dan dijangkakan bilangan kes denggi di Negeri Selangor dapat dikurangkan dengan jayanya.
-
Apakah cadangan dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen menderma darah
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan terus meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen menderma darah melalui siri kempen derma darah di pelbagai lokasi pada tahun 2015. Kerajaan Negeri juga akan memastikan setiap PBT menjalankan kempen menderma darah sekurang-kurangnya sekali bagi tahun
-
Minta kerajaan negeri senaraikan statistik kes denggi dan lokasi hotspot Denggi di seluruh Selangor dari Januari 2013
Statistik kes denggi dan lokasi hotspot Denggi di seluruh Selangor dari Januari 2013 adalah seperti berikut:-
DAERAH/ PBT
BIL KES MENGIKUT TAHUN 2013 2014 (sehingga 15 Nov
2014)
Kes Denggi 22,444 44,957 Lokasi Hotspot 86 92