Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

40) KESIHATAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah antara program diwujudkan untuk kesihatan pergigian?

    Kerajaan Negeri melalui Selcare Management Sdn. Bhd. ada menyediakan program pemeriksaan kesihatan gigi yang dilaksanakan bersekali dengan program Selangor Saring. Sehingga 30 Oktober 2024, sejumlah 2,885 individu telah menjalani pemeriksaan kesihatan gigi.

  2. Apakah tindakan kesihatan gigi untuk melibatkan dalam Program Iltizam Selangor Sihat?

           Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menambah manfaat pemeriksaan kesihatan gigi di bawah program Iltizam Selangor Sihat (ISS). Walau bagaimanapun, cadangan ini merupakan satu cadangan yang baik. Maka, cadangan tersebut akan diperhalusi oleh Selcare Management Sdn. Bhd. terutamanya daripada aspek ketersediaan klinik gigi untuk menjadi panel program ISS.  

Lampiran

Tiada Lampiran.