Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
338) KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Negeri Selangor baru-baru ini menjuarai carta jumlah kes denggi di seluruh negara. Sila senaraikan tahap penularan wabak denggi di negeri Selangor semenjak Jun 2023 sehingga sekarang;
Status tahap penularan wabak denggi di negeri Selangor bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:
Bil. Daerah Kategori Wabak Wabak Terkawal Wabak Tak Terkawal Wabak Hotspot Jumlah Keseluruhan Wabak 1. Gombak 1034 15 126 1175 2. Hulu Langat 2499 65 372 2936 3. Hulu Selangor 233 5 37 275 4. Klang 1160 40 248 1448 5. Kuala Langat 142 0 19 161 6. Kuala Selangor 29 0 1 30 7. Petaling 2477 45 559 3081 8. Sabak Bernam 16 0 1 17 9. Sepang 14 0 1 15 JUMLAH KESELURUHAN 9,138 Manakala, status tahap penularan wabak denggi di negeri Selangor bagi tahun 2024 (iaitu sehingga Minggu Epidemiologi 5/2024, yang berakhir pada 3 Februari 2024) adalah seperti berikut:
Bil. Daerah Kategori Wabak Wabak Terkawal Wabak Tak Terkawal Wabak Hotspot Jumlah Keseluruhan Wabak 1. Gombak 175 7 3 185 2. Hulu Langat 464 36 18 518 3. Hulu Selangor 19 3 1 23 4. Klang 182 17 9 208 5. Kuala Langat 32 2 1 35 6. Kuala Selangor 9 1 1 11 7. Petaling 469 45 26 540 8. Sabak Bernam 0 0 0 0 9. Sepang 8 0 1 9 JUMLAH KESELURUHAN 1,529 -
Nyatakan secara terperinci langkah atau program yang telah dan bakal dilaksanakan bagi memerangi wabak denggi di negeri Selangor.
Bagi menangani peningkatan kes denggi, beberapa langkah pencegahan dan kawalan telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bersama dengan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kesedaran mengenai denggi kepada komuniti melalui pesanan di media elektronik serta media sosial seperti radio, Facebook, TikTok dan sebagainya.
- Pelaksanaan program gotong-royong di lokaliti wabak serta penganjuran kempen pembersihan untuk melibatkan komuniti dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi yang berfokus pada penghapusan tempat pembiakan.
- Menjalankan Operasi Bebas Denggi Selangor (OBDS) yang melibatkan agensi-agensi luar seperti PBT, PDT mahupun persatuan penduduk.
- Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes melibatkan tempat kerja dan kuarters, serta mengukuhkan Program Bebas Denggi di sekolah.
- Menggiatkan penggunaan repellant dan semburan aerosol dalam kalangan komuniti.
- Membincangkan isu denggi di peringkat daerah secara terperinci untuk memastikan tindakan yang diperlukan dilaksanakan oleh pihak terlibat melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Dalam hal ini, Mesyuarat tersebut dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli Majlis dan lain-lain lagi.
- Membincangkan isu yang berkaitan, khususnya melibatkan punca pembiakan denggi di lokasi terlibat bersama penduduk/ Ahli Majlis/ Ahli Dewan Negeri – agar tindakan bersama dapat diambil.
- Perancangan kolaborasi dan strategi yang khusus dengan agensi berkaitan, terutama sekali bagi isu yang sukar diatasi melibatkan lokaliti-lokaliti wabak melalui platform Mesyuarat Tindakan Denggi Negeri.
- Memperkasakan peranan penduduk/ agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI* bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan.
- Perolehan perkhidmatan Pest Control Operator (PCO) oleh Pejabat Kesihatan Daerah bagi membantu dalam kawalan denggi untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
- Penghapusan tempat pembiakan nyamuk (PTP)
- Semburan lavirciding (untuk membunuh jentik-jentik)
- Semburan ruang termal
- Aktiviti penguatkuasaan melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 [Akta 154] boleh diambil ke atas penduduk/ pemunya premis yang dijumpai memiliki tempat/ bekas yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes dengan pengeluaran Notis di bawah Seksyen 8, tindakan tawaran kompaun atau melalui arahan penutupan premis. Jika terdapat kegagalan mematuhi Notis di bawah Seksyen 8 atau gagal untuk membayar kompaun, tindakan mahkamah akan diambil.
- Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kawalan tambahan di lokaliti-lokaliti wabak berpanjangan seperti semburan Outdoor Residual Spray (ORS) dan penggunaan perangkap ovitrap.
-
Nyatakan juga inisiatif baru yang ingin dibawa YB Exco Kesihatan yang baru bagi memerangi wabak denggi di negeri Selangor.
Antara inisiatif baru yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mengurangkan kes denggi di Negei Selangor adalah melalui penggunaan inovasi mistaway, iaitu satu kaedah pancuran (sprinkler) racun denggi di kawasan yang sukar dicapai melalui kaedah semburan biasa. Mistaway ini akan ditempatkan di kawasan hotspot dan hanya memerlukan pengawasan yang minumum berbanding penggunaan PCO. Antara PBT yang telah menggunapakai kaedah ini adalah Majlis Perbandaran Kajang (MpKJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kaedah ini akan diperluas kepada PBT lain tertakluk kepada kesuaian lokaliti wabak.
*NOTA: COMBI adalah singkatan dari “Communication for Behaviourial Impact”. Program yang di asaskan oleh “World Health Organization” (WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.