Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

102) KESIHATAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah doktor kekeluargaan ada di Negeri Selangor dan berapakah jumlah tersebut yang menyertai program Iltizam Sihat Selangor?

    Sehingga 30 September 2023, terdapat sebanyak 101 pengisian perjawatan bagi Pakar Perubatan Keluarga di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Tiada doktor kekeluargaan yang menyertai Program Iltizam Selangor Sihat (ISS).

  2. Berapakah kos terlibat untuk membuka Selcare klinik dan berapa Selcare klinik yang ada di Negeri Selangor?

    Klinik Selcare mempunyai lapan (8) cawangan di sekitar Negeri Selangor. Maklumat adalah seperti di bawah:

     

    No.

    Cawangan

    Alamat

    1

    Shah Alam

    No 47, Tingkat Bawah, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

    2

    Puchong

    A-14-0-5 & 6, Jalan Permai 1/1, Taman Puchong Permai, Batu 13,47100 Puchong

    3

    USJ Sentral

    Persiaran Subang, G-7, Jalan USJ Sentral 3, USJ Sentral, 47630 Subang Jaya

    4

    Sentosa

    25, Jln Dato Dagang 39, Taman Sri Sentosa, 41200 Klang

    5

    Skypark

    M19, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, SkyPark Terminal, Lapangan Kapal Guest Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang

    6

    Desa Mentari

    B-1-G-04, Jalan PJS 6/5E, Desa Mentari, Jalan Klang Lama, 46150 Petaling Jaya

    7

    UNISEL Seksyen 7

    13A & 11A, Blok X, GF Universiti Selangor Campus Shah Alam, Jalan Zikron D 7/D, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

    8

    UNISELBestari Jaya

    Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya, Selangor

     

    Kos bagi pembukaan klinik-klinik tersebut adalah berbeza-beza berdasarkan faktor lokasi, kemudahan disediakan dan kos operasi klinik. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan daripada Kerajaan Negeri digunakan bagi pembangunaan klinik-klinik tersebut.

  3. Adakah lebih baik melibatkan doktor- doktor keluarga sebagai barisan hadapan untuk mengantikan Selcare klinik dan lebih ramai rakyat Selangor manfaat daripada ini dan meluaskan program ini juga? Manfaatnya penjimatan pembukaan klinik baru.

    Cadangan bagi melibatkan doktor-doktor keluarga sebagai barisan hadapan untuk menggantikan klinik Selcare merupakan cadangan yang baik. Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam kerana ianya akan melibatkan perjawatan baharu dan juga kos operasi lain seperti penyediaan ruang kerja dan sebagainya. Untuk makluman, panel klinik termasuk klinik-klinik keluarga sememangnya telah terlibat secara langsung di bawah program yang dikendalikan oleh Selcare Management Sdn Bhd salah sebuah anak syarikat Selgate Healthcare Sdn Bhd sebagai Third Party Administrator (TPA) melalui program-program kesihatan Negeri Selangor seperti ISS. Jumlah panel klinik yang terlibat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk klinik-klinik keluarga sehingga 24 Oktober 2023.adalah sebanyak 1,581 buah klinik.

Lampiran

Tiada Lampiran.