Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

7) KESIHATAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penggunaan Kad Peduli Sihat yang telah diguna pakai setakat ini.

    Rakyat Negeri Selangor terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah merasa terbeban akibat daripada peningkatan berterusan kos sara hidup. Peningkatan ini menyebabkan pendapatan isi rumah tidak dapat menampung peningkatan harga barangan atau perkhidmatan, termasuk perkhidmatan kesihatan seperti kos ubat-ubatan, caj khidmat rawatan dan khidmat perundingan. Meskipun dalam mendepani cabaran kesihatan global dan domestik, Kerajaan Negeri tetap mengutamakan aspek kesihatan rakyat bagi memastikan rakyat terus menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Skim Peduli Sihat (SPS) pada tahun 2017. Bagi memberi nilai tambah dan manfaat yang lebih menyeluruh, SPS telah ditambahbaik kepada Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) di mana ia akan memberi jaminan perlindungan kesihatan kepada 85,000 keluarga dan individu yang berpendapatan rendah rendah iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan. Setiap keluarga yang layak akan menerima rawatan asas berjumlah RM500 setahun manakala bagi individu bujang adalah sebanyak RM200 setahun. Selain membantu kos rawatan asas, SIPS juga memberi manfaat skim insurans seperti manfaat kematian atau hilang keupayaan kekal sebanyak RM5,000.00, khairat kematian sebanyak RM1,000.00, manfaat penyakit kritikal sebanyak RM5,000.00 dan kematian semula jadi sebanyak RM5,000.00. Sehingga 31 Julai 2021, jumlah penerima manfaat polisi SIPS adalah seramai 67,349 orang.

  2. Nyatakan tahap umur yang menggunakan Kad Peduli Sihat. Sila perincikan mengikut DUN.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, perincian tahap umur yang menggunakan Kad Peduli Sihat adalah seperti berikut:

     

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan Sihat Selangor setakat ini? Sila perincikan mengikut DUN.

    Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk menangani isu kesihatan seluruh rakyat di negeri ini. Keprihatinan ini diterjemahkan melalui Bantuan Sihat Selangor (BSS) kepada golongan yang kurang berkemampuan. BSS yang diperkenalkan sejak tahun 2009 telah ditambah baik dengan beberapa pertambahan kemudahan bantuan diperkenalkan. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri meneruskan Program BSS dengan peruntukan berjumlah RM5 juta. Objektif utama program BSS adalah membantu golongan B40 dalam mendapatkan bantuan kesihatan seperti dialisis buah pinggang, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil mahu pun bantuan alat-alat perubatan Jumlah peruntukan yang diluluskan Sihat Selangor setakat 12 Ogos 2021 mengikut DUN adalah seperti berikut:

     

Lampiran

Tiada Lampiran.