Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
194) KESIHATAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah peserta yang telah mengikuti program memogram Kerajaan Selangor bagi tempoh tahun 2013-2015?
a) dan b)
Kerajaan Negeri komited dan mengambil berat perihal kesihatan rakyat di Negeri Selangor. Golongan wanita merupakan penyumbang besar di atas kesejahteraan negeri. Justeru itu, Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan semenjak tahun 2010 masih giat dilaksanakan sehingga kini.
Sebagai makluman semua, bagi tahun 2013 hingga September 2015 terdapat seramai 2,656 orang peserta yang telah menerima manfaat dari program SKW dengan perbelanjaan sebanyak RM242,370.00.
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan bagi Program Skim Kesihatan Wanita tahun 2013-2015?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan dan menambahkan manfaat program SKW ini?
Kerajaan Negeri Selangor sememangnya amat komited dan serius dalam melaksanakan Program SKW Justeru itu, program ini akan diteruskan pelaksanaannya dengan penambahbaikan sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke 26/2015 yang telah diadakan pada 12 Ogos 2015 disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 27/2015 pada 26 Ogos 2015. Syor penambahbaikan yang telah diluluskan adalah :
- Kos Pemeriksaan Saringan Mammogram
Penambahbaikan dari segi kos pemeriksaan mammogram yang dahulunya RM90.00 seorang kepada had maksima RM150.00 seorang setelah mengambilkira kenaikan harga pasaran yang mana tiada lagi pembekal perkhidmatan yang dapat menawarkan harga pemeriksaan saringan mammogram serendah RM90.00 dan ianya tidak mengambilkira pelaksanaan GST pada ketika
- Manakala bagi peserta yang perlu kepada pemeriksaan susulan melalui ultrasound atas nasihat doktor yang membuat saringan mammogram tersebut, kos pemeriksaan ultrasound tersebut dicadangkan agar ianya turut diperuntukkan dengan had maksima berjumlah RM100.00 kepada peserta mammogram atas keprihatinan Kerajaan Negeri kepada golongan
- Peluasan Pembekal Perkhidmatan / Service Provider Pemeriksaan Saringan Mammogram
- Terdapat beberapa kekangan pembekal perkhidmatan mammogram sedia ada dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan saringan mammogram tersebut seperti berikut :
- waktu perkhidmatan yang terhad;
- mengikut jadual service provider yang ditetapkan; dan
- program pemeriksaan mammogram dibatalkan disaat
- Dengan penambahbaikan kadar kos bagi pemeriksaan saringan mammogram ini kepada had maksima RM150 seorang, Kerajaan Negeri dapat memperluaskan kemudahan penyediaan perkhidmatan ini kepada golongan wanita dengan menambahkan lagi penyertaan pihak hospital swasta di seluruh Selangor yang dapat menawarkan perkhidmatan mammogram dengan harga tersebut. Perkhidmatan ini tidak lagi tertakluk dan terhad kepada satu service provider Antara hospital yang menawarkan perkhidmatan selaras dengan kadar bayaran yang telah ditentukan adalah :-
- MAKNA
- NCSM
- Columbia Asia
- BP Health Care
- KPJ
- Salam Medical Centre
- DEMC
- Ini secara tidak langsung mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan service provider yang terpilih di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Kerajaan Negeri dan golongan wanita
- Selain itu, logistik dan pergerakan para peserta skim ini ke service provider berhampiran dapat dirancang dengan lebih baik dan teratur oleh agensi pelaksana program iaitu
- Penggunaan Peruntukan Pembangunan P01-20003 Skim Kesihatan Wanita
- Peruntukan Pembangunan P01-20003 Skim Kesihatan Wanita berjumlah RM1,000,000.00 setiap tahun diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan pemeriksaan mammogram (screening) sahaja sebelum
- Sehubungan itu, dengan penambahbaikan ini turut mengambilkira bebanan tanggungan bayaran lain selain daripada pemeriksaan mammogram (screening). Penggunaan peruntukan sebanyak RM1,000,000.00 itu nanti akan meliputi bayaran termasuk kos :-
- Pemeriksaan saringan Mammogram (screening);
- Ultrasound (atas nasihat doktor sekiranya perlu);
- Logistik mobilisasi ;dan
- Promosi SKW
Dengan penambahbaikan program Skim Kesihatan Wanita (SKW) – Mammogram Selangor (MammoSel) ini, Kerajaan Negeri berharap lebih ramai wanita di Negeri Selangor akan mampu diberikan manfaat dan menikmati khidmat mammogram ini secara percuma. Dengan cara ini diharapkan juga pengesanan awal terhadap gejala kanser payudara ini dapat dikesan di peringkat awal lagi dan lebih banyak nyawa akan mampu diselamatkan