Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
292) KESESAKAN TRAFIK DI FT 26 ( PUTRAJAYA – KOTA WARISAN)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kesesakan lalulintas sangat teruk di waktu kemuncak pada laluan FT 26. Apakah perancangan kerajaan untuk meredakan kesesakan yang terlalu teruk dan adakah ada cadangan untuk membina jalan alternatif lain serta apakah usaha untuk menyiapkan jalan di persimpangan KIWA?
Lokasi yang di maksudkan tersebut adalah laluan FT 029 Jalan Puchong – Putrajaya. Pejabat ini telah sedia maklum berkaitan isu kesesakan tersebut dan telah mengangkat permohon naik taraf jalan FT29 tersebut dari simpang 4 dengkil hingga ke putrajaya. Bengkel pemurnian permohonan dan lawatan tapak juga telah di laksanakan pada Disember 2023 yang lalu bersama pihak JKR Selangor dan Cawangan Jalan JKR Malaysia.