Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

267) KESESAKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah kemudahan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang tidak mencukupi di negeri Selangor?

    Keperluan kemudahan SRA sememangnya tinggi bagi sesebuah negeri yang ramai penduduk dan maju. Namun, JAIS bersama Kerajaan Negeri cuba memastikan keperluan kemudahan tersebut dipenuhi dengan rancangan pembangunan yang telah disusun setiap 5 tahun melalui Rancangan Malaysia (RMK). JAIS sentiasa mengenal pasti keperluan kemudahan SRA dari masa ke semasa dan melaksanakan mengikut keutamaan dan juga peruntukan yang telah diluluskan

  2. Nyatakan jumlah, lokasi, kapasiti dan peruntukan bagi pembinaan SRA baru?

    Berikut ialah jumlah projek pembinaan termasuk projek baru dan projek sambungan daripada RMK9

    PERKARA PETALING GOMBAK KLANG KUALA LANGAT HULU LANGAT SEPANG KUALA

    SELANGOR

    HULU

    SELANGOR

    SABAK BERNAM
    JUMLAH PROJEK 12 3 5 6 9 6 3 2 1
    PERUNTUKAN 102,344,000.00 12,402,00.00 8,006,000.00 14,605,000.00 29,156,000.00 23,097,000.00 16,728,000.00 1,287,000.00 12,001,000.00

    – Kapasiti bergantung bagi sesebuah sekolah kerana ada projek hanya melibatkan bangunan tambahan

  3. Berapakah jumlah peruntukan kerajaan negeri kepada SRA ini bagi tahun 2012, 2013 dan 2014?

    PERKARA 2012(RM) 2013(RM) 2014(RM)
    PERUNTUKAN NEGERI 47,000,220.00 51,250,270.00 39,660,330.00

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.