Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

235) KESESAKAN LALULINTAS DI SEPANJANG JALAN HULU LANGAT DARIPADA BATU 9, CHERAS KE PEKAN BATU 14, HULU LANGAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

    Latar Belakang Jalan

    1. Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan laluan FT3210 sepanjang 20.3 km dari persimpangan Lebuhraya Grand Saga ke Batu 14 Hulu Langat. Jalan ini adalah jalan satu lorong sehala (single carriageway).
    2. Jalan ini adalah merupakan jalan utama dan sebagai jalan alternatif yang menghubungkan antara pekan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
    3. Terdapat beberapa perkampungan, taman-taman perumahan dan juga merupakan kawasan rekreasi serta tempat pelancongan.

    Kajian pejabat ini memang berlaku kesesakan lalu lintas di waktu puncak dan di hari cuti sabtu dan ahad. Ini adalah disebabkan bilangan kenderaan yang banyak melebihi keupayaan jalan.

    JKR telah mengemukakan permohonan cadangan menaiktaraf jalan ini untuk dimasukkan ke dalam RMK9 tetapi tidak diluluskan. Walaubagaimanapun JKR telah mengemukakan semula projek ini untuk dilaksanakan dalam RMK10.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.