Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
186) KESESAKAN LALULINTAS DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jalan-jalan utama yang mengalami kesesakan lalu lintas di Negeri Selangor
Jalan utama yang sesak dalam Kontinjen Selangor
Lebuhraya Dalam Selangor
BIL. LEBUHRAYA LOKASI 1. Lebuhraya Persekutuan Kedua-Dua Arah 2. Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) Kedua-Dua Arah 3. Lebuhraya Damansara-Puchong Arah Subang Jaya Ke Puchong 4. Lebuhraya Elite Putrajaya Ke Tol Ebor 5. Lebuhraya Guthrie 6. Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kedua-Dua Arah 7. Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) Dari Plaza Tol Hingga Pusat Bandar Shah Alam Jalan Utama
BIL. DAERAH LOKASI 1. Shah Alam – Jalan Kontraktor/ Glenmarie – Jalan Padang Jawa
-Bulatan Sejahtera – Persiaran Tengku Ampuan
2. Serdang – Jalan Puchong Jaya 3. Ampang – Jalan Ampang 4. Subang Jaya – Persiaran Kewajipan Ke Bulatan Kewajipan 5. Gombak – Jalan Kuching Ke Jalan Ipoh – Lebuhraya Lingkaran Tengah 2
6. Klang Selatan – Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Kedua-dua Arah) Punca-punca kesesakan lalu lintas
- Limpahan alira trafik dari kedua-dua arah semasa pergi dan balik kerja
- ‘Bottleneck’
- Kedudukan lampu isyarat utama yang berdekatan antara satu sama lain
- Jalan dalam pembaikan/ pembinaan
- Kedudukan sekolah atau pusat komersial yang berdekatan dengan jalan utama/ lebuhraya
- Sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalanraya seperti memandu melulu, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan sebagainya.
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengatasi kesesakan lalulintas tersebut?
Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas
- Menempatkan anggota trafik di beberapa lokasi strategik bagi mengawal lalu lintas (point duty)
- Rondaan anggota trafik bagi mengesan punca kesesakan mengejut (contoh: kenderaan rosak, kemalangan) dan membantu melancarkan aliran trafik
- Membuka laluan kontra pada jalan yang sesuai seperti berikut:
- Jalan Gasing ke Jalan Klang Lama (Petaling Jaya)
- Lebuhraya SILK ke SKVE (Kajang)
- Lebuhraya Damansara Puchong ke Sunway ke Petaling Jaya
- Lebuhraya KESAS arah Petaling Jaya ke Shah Alam