Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
24) KESESAKAN LALULINTAS AKIBAT PEMBANGUNAN BARU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa setiap pembangunan baru di sekitar perumahan lama tidak akan wujud sebarang masalah kesesakan laluintas dan masalah trafik di masa akan datang?
Setiap pembangunan baru yang melebihi had minimum di kehendaki mengemukakan Laporan TIA (Kajian Kesan Lalulintas) dan hasil daripada kajian tersebut, syarat-syarat menaiktaraf akan dikenakan ke atas pemaju berkenaan.