Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

202) KESESAKAN LALU LINTAS JALAN RAYA DALAM KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah kesesakan jalan-jalan raya dalam kawasan PBT di Negeri Selangor ?

    Rangkaian jalan-jalan dikawasan PBT melibatkan beberapa agensi yang bertanggungjawab iaitu pihak PBT sendiri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Jalan-jalan ini adalah merupakan jalan dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Agensi yang bertanggungjawab keatas jalan negeri adalah PBT dan JKR manakala jalan persekutuan pula adalah LLM dan juga JKR. Pada kebiasaannya jalan-jalan JKR adalah merupakan jalan arterial yang menghubungkan jalan-jalan PBT.

    Bagi mengatasi masalah kesesakan di jalan-jalan dibawah bidang kuasa JKR, kajian trafik akan dibuat untuk menilai kapasiti jalan dan persimpangan dengan mengadakan banci lalulintas sebanyak dua kali dalam setahun dan seterusnya kajian trafik terperinci. Untuk makluman kajian trafik bagi seluruh Kawasan Lembah Klang telahpun dibuat Unit Perancang Jalan (HPU), Kementerian Kerja Raya. Jalan serta persimpangan akan dinaiktaraf jika terdapat keperluan bagi mengatasi masalah kesesakan ini.

    Disamping itu kerajaan negeri melalui JKR juga akan meneliti  permohonan kebenaran merancang untuk tujuan pembangunan seperti perumahan dan perindustrian. Kajian Kesan Lalulintas (TIA) dan Audit Keselamatan Jalan (RSA) akan dibuat dan dikaji sebelum kebenaran merancang disyorkan kepada PBT. Dengan ini keperluan menaiktaraf jalan dan persimpangan akan dapat dikenalpasti dan syarat-syarat ini akan dikenakan kepada pemaju untuk dilaksanakan.

    Sebagai contoh dari pendekatan diatas jalan-jalan berikut telah, sedang dan akan dinaiktaraf bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas. Terdapat beberapa kerja menaiktaraf jalan yang sedang berjalan sekarang yang meliputi jalan negeri dan juga jalan persekutuan. Antaranya adalah:

    Jalan Persekutuan

     

    • Pembinaan Jalan Pintas Rawang Bagi Mengatasi Kesesakan Lalulintas Di Bandar Rawang.
    • Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3209 Dan Jalan Negeri B27, Jalan Rawang – Tasek Puteri, Daerah Gombak, Fasa 1.
    • Cadangan Menaiktaraf Jalan Persiaran Kuala Selangor, Shah Alam, Selangor

    (Fasa 1).

    • Membina dan Menaiktaraf Jalan Lingkaran Pulau Indah, Negeri Selangor (Reka & Bina) Fasa 1
    • Cadangan Menaiktaraf Laluan Ft001 Dari Kajang Ke Beranang (Fasa 1- Persimpangan Bandar Sunway Semenyih)
    • Naiktaraf Persimpangan Jalan Serdang Raya/ Jalan Puchong – Sungai Besi, Selangor
    • Naiktaraf Jalan Ft5 Dari Kapar Ke Klang, Selangor (Fasa 3)
    • Menaiktaraf Laluan B9/Ft 015 Dari Lapangan Terbang Subang Ke Hospital Sg. Buloh (Fasa2)
    • Membaikpulih & N/T Jln Persekutuan 5,Kapar-Sabak Bernam & Klang-Banting
    • Cadangan Menaiktaraf Laluan Persekutuan 5 : Kapar – Klang, Selangor – Fasa 1
    • Membina Jalan Penyambung Subang – Kelana
    • Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan 54,Sungai Buloh, Selangor (Pakej 1)

     

    Jalan Negeri

     

    • Menaiktaraf Jalan Bangi Ke Kisdar, Hulu Langat.
    • Melebar Dan Memperkukuh Jalan-Jalan Kg Melayu Subang
    • Melebar dan Memperkukuh Jalan Monterez ke TUDM Subang
    • Menaiktaraf Jalan Monfort (B9) Dari Persimpangan
    • Politeknik Shah Alam.
    • Menaiktaraf Jalan Klang Lama, Daerah Petaling.

     

  2. Berapakah bajet yang akan disediakan dalam tahun 2011 kepada PBT dan agensi yang bertanggungjawab untuk memperbaiki sistem jalan bagi mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di kawasan-kawasan tersebut ?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 21 Oktober  2010 telah menolak soalan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.