Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

226) KESESAKAN LALU LINTAS DI LEBUHRAYA DALAM BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kesesakan lalu lintas di lebuh raya dalam bandar yang semakin teruk. DUN Seri Serdang lebuh raya LDP yang mengalami kesesakan yang teruk. Apakah ada usaha Kerajaan Negeri berbincang dengan konsesi untuk mengatasi masalah ini?

    MBSJ telah mengadakan perbincangan bersama pihak JKR, LITRAK dan turut dihadiri oleh YB Tuan Abbas Salimmi bin Che Adzmi @Azmi, ADUN Seri Serdang pada 30 Januari 2024 dan telah bersetuju di mana pihak JKR akan menukar persimpangan lampu isyarat (Giant) di Jalan Putra Permai daripada 4 fasa ke 3 fasa dengan menutup satu laluan jalan iaitu daripada Jalan Prima Tropika ke arah Persiaran Lestari Perdana dan juga ke arah Seri Kembangan.

    Kerja-kerja penutupan jalan secara kekal ini akan dijalankan oleh pihak MBSJ bermula pada 15 Februari 2024 dan pemantauan dari semasa ke semasa akan dijalankan olen pihak JKR berkaitan isu kesesakan di persimpangan tersebut seperti yang telah dipersetujui.

Lampiran

Tiada Lampiran.