Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
245) KESESAKAN LALU-LINTAS DI KLANG BANDAR DIRAJA DAN PEMBUKAAN PUSAT PERNIAGAAN ÒCHINA TOWNÓ
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Klang Bandar Diraja ini?
-
Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperoleh status ÒBANDARAYAÓ bagi Klang Bandar Diraja ini, yang telah lama menepati kesemua syarat-syarat yang telah digariskan untuk mendapatkan status ÒBANDARAYAÓ tersebut?
-
Mengapakah sehingga ke hari ini satu kawasan khas masih belum diperuntukkan di Bandar Klang bagi peniaga-peniaga Cina menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti ÒChina TownÓ yang menyerupai ÒPetaling StreetÓ di Kuala Lumpur?