Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
199) KESESAKAN LALU LINTAS DI BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk penyuraian sementara yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada masa ini benar-benar berkesan?
Pada masa ini penduduk telah maklum keadaan semasa dan bilangan aduan telah berkurangan.
-
Apakah status terkini perancangan Kerajaan Negeri untuk membina 'fly over' bagi mengatasi masalah kesesakan tersebut?
Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bersama agensi kerajaan yang diadakan pada 19 Julai 2018 di pejabat Majlis Daerah Kuala Langat. Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa pihak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bersetuju untuk melaksanakan pembinaan persimpangan bertingkat tersebut selaras dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini.