Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

324) KESESAKAN LALU LINTAS DAN KESELAMATAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan Bandar Sultan Suleiman yang melibatkan lori-lori kontena yang menggunakan jalan di hadapan sekolah sebagai jalan alternatif? Ini juga membabitkan keselamatan anak-anak di sekolah di kawasan tersebut.

    Majlis Bandaraya Diraja Klang sedang dalam proses perancangan untuk melaksanakan perwartaan had muatan kenderaan berat tidak melebihi 10 tan di jalan-jalan yang telah dikenalpasti dilalui oleh kenderaan berat iaitu :

    1. Lingkaran Sultan Abdul Samad 2
    2. Solok Sultan Abdul Samad 1
    3. Jalan Sultan Abdul Samad 1
    4. Jalan Sultan Abdul Samad 33

    Selain daripada itu, pihak Majlis dalam penyediaan kelulusan sebutharga kecil (inden) bagi pemasangan ‘gantry’ sebagai ujikaji di jalan-jalan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.