Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

334) KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan bagi memastikan masalah kesesakan lalulintas terutama di dalam DUN Selat Klang?

    Pihak JKR Persekutuan mempunyai perancangan penyambungan Jambatan ke-3 Klang (Jambatan Raja Nala) ke Persiaran Raja Muda Musa dan terkini di dalam fasa untuk pengambilalihan tanah (peringkat awal).

  2. Apakah pelan tindakan berserta jadual termasuk jalan-jalan baru yang ada di dalam perancangan?

    Cadangan mengecat semula garisan jalan di Kawasan Teluk Pulai dan sekitarnya di bawah penyelenggaraan Majlis termasuk beberapa jalan utama yang akan dilaksanakan kerja garisan jalan dengan material ‘Glow of The Dark’.

Lampiran

Tiada Lampiran.