Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
277) KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah kesesakan lalulintas jalan raya di Lembah Klang
dan beberapa jalan raya di Negeri Selangor semakin bertambah buruk terutamanya pada waktu puncak.?Kesesakan lalulintas di jalan utama di Selangor pada waktu puncak berpunca daripada beberapa faktor iaitu:
- Kapasiti kenderaan keluar ke jalanraya tinggi di waktu puncak melebihi kapasiti jalan yang sedia ada, ini kerana kebebasan untuk keluar bekerja secara bersemuka telah dibenarkan.
- Kerosakan lampu isyarat di jalan terentu disebabkan kemalangan, vandalism dan litar pintas.
- Kehadiran kenderaan berat terutamanya pada waktu puncak di jalan-jalan utama.
- Terdapat kerosakan jalan dan beralun disebabkan tiada selenggaraan dan melebihi jangka hayat rekabentuk.
- Aliran trafik tidak lancar disebabkan persimpangan lampu isyarat banyak dan berdekatan.
- Jalan utama terdapat “Bottleneck”, menyebabkan kenderaan terkumpul dan aliran trafik sesak. Contohnya di Persiaran Mokhtar Dahari berhadapan UiTM Puncak Perdana menghala Taman Alam Budiman, U10.
- Sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalanraya seperti memandu secara melulu, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi kesesakan tersebut dalam jangka pendek dan jangka panjang?