Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
74) KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakkan lalulintas diantara Selayang menuju ke Rawang terutama di pendakian berhampiran Taman Amansiara?
Jalan Selayang menuju ke Rawang yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT 001 (Jalan Kuala Lumpur ke Tg. Malim). Cadangan menaiktaraf lorong mendaki tersebut telah dimohon di dalam cadangan permohonan menaiktaraf jalan-jalan Persekutuan di dalam Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Ke11 (RMKe11) dan dipohon semula di dalam Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke12 (RMKe12) kepada Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Bagi tindakan jangka pendek, Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor boleh mengenakan syarat kepada pemaju melalui Kebenaran Merancang sekiranya ada pemajuan di kawasan berhampiran.