Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
222) KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Avani Resort Pantai Sepang Gold Coast merupakan salah satu destinasi pelancong. Akan tetapi kesesakan lalu lintas B48 dan simpang KLIA akan menjadi satu halangan besar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut?
Tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan Projek Menaiktaraf Jalan B48 dari Simpang Tiga Jenderam ke Pekan Sepang Lama, Daerah Sepang. Pelaksanaan projek ini dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pecahan fasa adalah seperti berikut:
Fasa Nama Projek Status I Simpang Tiga Jenderam ke Kolej Teknologi Timur Perancangan II Kolej Teknologi Timur ke Simpang Empat Enstek Pembinaan Tarikh mula: 29/10/12 Tarikh jangka siap: 20/4/16
Jadual(33%)/ Sebenar (22%)
III Simpang Empat Enstek ke Pekan Sepang Lama Perancangan Jabatan Kerja Raya melalui pihak perunding telah melaksanakan Kajian trafik bagi projek tersebut. Hasil daripada kajian, terdapat keperluan untuk pelaksanaan Fasa II dimulakan dahulu.
Kerajaan Negeri Selangor juga sedang merancang pelaksanaan projek mebina dan menyiapkan jalan baru dari Ulu Chucuh ke Jalan B20 berhampiran KLIA yang dijangkakan akan menyuraikan trafik dari Jalan B48. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan kesesakan lalulintas ke Bandar Baru Salak Tinggi.