Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
151) KESESAKAN JALANRAYA DI LEMBAH KELANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi kesesakan lalu lintas jalan-jalan raya di Lembah Klang Selangor?
Untuk makluman Y.B, Pihak Kementerian Kerja Raya melalui Unit Perancang Jalan sedang melaksanakan Kajian untuk penyediaan Pelan Highway And Development Plan (HNDP) 2030. Pihak JKR Selangor terlibat secara tidak langsung dalam menyediakan maklumat perancangan jalan disekitar Lembah Kelang yang melibatkan rangkaian jalan di Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan projek-projek mengatasi kesesakan lalu lintas jalan raya yang sedang dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor?
Berikut adalah projek-projek jalan yang sedang dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesesakan di Negeri Selangor
Bil Tajuk Projek Status 1 Menaiktaraf Lebuhraya Pulau Indah (Fasa II) Pembinaan 2 Projek Menaiktaraf Jalan Pelabuhan Utara Dari Klang Container Terminal (KCT) Ke Northport Pembinaan 3 Projek Menaiktraf Simpang 4 Dengkil FT29/31 Pembinaan 4 Jambatan Ke 3 Klang ( Fasa 2) Rekabentuk 5 Projek Menaiktaraf Persimpangan Batu 9, Cheras Rekabentuk 6 Membina Jalan Dari Kg Ulu Chucuh ke KLIA Rekabentuk 7 Membina Jalan Sambungan Kota Warisan B20 Pembinaan 8 Menaiktraf Jalan B48 dari Simpang 3 Jenderam ke Pekan Sepang Lama (Pakej A dan B) Pembinaan 9 Membina Jambatan Di atas Lebuhraya Utara Selatan di Jalan Batu Arang – Bestari Jaya (B27) Pembinaan