Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

21) KESESAKAN JALAN YANG SERIUS DI JALAN KAJANG BY PASS, JLN SG. LONG, JLN REKO, JALAN BUKIT, BANDAR KAJANG, DAN PERSIARAN BANDAR MAHKOTA CHERAS 1

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan jangka masa pendek pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu kesesakan ini?

    JKR

    a) Jangka masa pendek:

     

    1. Jalan Kajang By Pass: Jalan ini dalam proses pewartaan rizab jalan oleh PDT Hulu Langat kepada jalan berstatus Jalan Negeri dibawah kawal selia dan penyelenggaraan pihak JKR Negeri kelak.

     

    1. Jalan Sg. Long: Tiada sebarang kajian dan cadangan untuk menaiktaraf jalan ini. Walaubagaimanapun, kajian trafik berhubung keperluan naiktaraf ini boleh dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan yang tinggi dan cadangan naiktaraf ini boleh dimohon dalam Rancangan Selangor 2 (RS2).

     

    1. Jalan Reko: Projek menaiktaraf Jalan Reko bermula dari persimpangan Jalan Kelisa 1 sehingga persimpangan Lebuhraya SILK sepanjang 3.5km dijangka tender pada bulan Oktober 2024.

     

    1. Jalan Bukit: Pihak JKR telah melebarkan jambatan yang merentangi sungai berhadapan dengan Bank Islam pada tahun 2017 bagi menyelesaikan isu ‘bottle neck’ dan isu kesesakan lalulintas di Jalan Bukit.

     

    1. Per. Bandar Mahkota Cheras 1: Jalan di bawah pentadbiran MPKJ

     

    MPKj

     

    Cadangan jangka pendek dan jangka panjang :

    Pihak MPKj mempunyai rancangan penambahbaikan trafik di kawasan berikut dan akan melaksanakan projek berkenaan setelah jumlah kutipan mencukupi bagi menampung kos projek yang tinggi iaitu :-

    1. Jalan Kajang By-Pass
    2. Cadangan Jangka Pendek :

    Pihak pemaju telah disyaratkan untuk menaiktaraf persimpangan Saujana Impian / Kajang By-Pass dengan cadangan pembinaan ‘flyover’ dari arah Persiaran Impian Perdana ke Kajang By-Pass. Pihak pemaju sedang dalam perlaksanaan kerja-kerja menaiktaraf tersebut dan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2025.

  2. Apakah cadangan jangka masa panjang pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu kesesakan ini?

    Jangka masa panjang:

     

    1. Jalan Kajang By Pass: Tiada sebarang perancangan. Perlu meyelaras isu ini bersama beberapa agensi dan jabatan seperti pihak Kementerian Kerja Raya, Majlis Perbandaran Kajang dan pihak pemaju yang terlibat.

     

    1. Jalan Sg. Long: Tiada sebarang kajian dan cadangan untuk menaiktaraf jalan ini. Walaubagaimanapun, kajian trafik berhubung keperluan naiktaraf ini boleh dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan yang tinggi dan cadangan naiktaraf ini boleh dimohon dalam Rancangan Selangor 2 (RS2).

     

    1. Jalan Reko: Projek menaiktaraf Jalan Reko bermula dari persimpangan Jalan Kelisa 1 sehingga persimpangan Lebuhraya SILK sepanjang 3.5km dijangka tender pada bulan Oktober 2024.

     

    1. Jalan Bukit: Tiada sebarang perancangan sehingga kini.

     

    1. Persiaran Bandar Mahkota Cheras 1 : Jalan di bawah pentadbiran MPKJ

     

    MPKj

    Cadangan Jangka Panjang :

    Pihak MPKj mempunyai rancangan penambahbaikan trafik di kawasan berikut yang melibatkan kos projek sebanyak RM30 juta bagi membina ‘flyover’ di persimpangan Taman Prima Saujana – Kajang By-Pass dan akan melaksanakan projek berkenaan setelah jumlah kutipan mencukupi. Status sumbangan Akaun Amanah Infrastruktur projek sehingga Mei 2024 adalah berjumlah RM6.7 juta.

     

    1. Isu kesesakan jalan di Jalan Sungai Long dan Persiaran Bandar Mahkota Cheras
     

    TAJUK PROJEK

     

    ANGGARAN KOS

    PROJEK

    (RM)

     

    JUMLAH KUTIPAN (RM)

    ( sehingga Mei 2024 )

    Tabung Akaun Amanah Infrastruktur, MPKj

    Projek Cadangan Menaiktaraf Infrastruktur Di Bandar Mahkota Cheras Dan Bandar Sungai Long, Mukim Cheras.  

    50 JUTA

     

    2,735,990.00

    Projek Cadangan Menaiktaraf Persimpangan Bandar Mahkota Cheras – Lebuhraya Cheras Kajang, Mukim Cheras.  

    40.67 JUTA

    1,172,451.30

     

    Permohonan peruntukan telah dikemukakan ke Pejabat Perdana Menteri melalui Ahli Majlis kawasan memandangkan pihak Majlis kawasan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan projek di atas.

     

    1. Jalan Reko Dan Jalan Bukit

    Jalan Reko dan Jalan Bukit adalah di bawah penyelenggaraan pihak JKR.

     

    1. Isu kesesakan jalan di Bandar Kajang

    Laporan TIA telah disediakan oleh pemaju Tetuan MKH Sdn Bhd di mana cadangan menyediakan sistem jalan sehala yang melibatkan beberapa jalan adalah di bawah penyelenggaraan JKR dan jalan adalah di bawah penyelenggaraan MPKj terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.