Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

345) KESESAKAN JALAN RAYA PEKAN BT 14 – PEKAN BT 9

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada perancangan untuk mengatasi kesesakan dari pekan Bt.14 hingga Bt.9? terutamanya pada waktu pesat pagi dan petang.

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    JKR Hulu Langat sering mendapat aduan kesesakan jalan dan kerosakan lampu isyarat di sepanjang Jalan Hulu Langat (FT3210). Isu kesesakan adalah disebabkan oleh jumlah kenderaan yang tinggi di sepanjang jalan (jalan tunggal / single carriageway). Pelarasan masa telah pun dilaksanakan di lokasi namun kesesakan masih berlaku terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.

    Berhubung dengan aduan yang sering kali diterima oleh JKR Hulu Langat berkaitan isu kesesakan, satu bancian trafik telah dilaksanakan pada 1 dan 4 November 2023 dan hasil bancian telah dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan untuk analisa dan cadangan tempoh masa lampu isyarat.

    Pada 2 Februari 2024, Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan telah memberi maklumbalas bahawa tahap perkhidmatan di persimpangan tersebut berada di keadaan yang sangat teruk iaitu LOS F dan penyelarasan semula lampu isyarat masih tidak dapat meningkatkan tahap perkhidmatan persimpangan tersebut. Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan memaklumkan bahawa langkah mitigasi yang terbaik adalah dengan menaiktaraf persimpangan ini daripada Singnalised Staggered T-Intersection kepada Four-Legged Signalised Intersections dengan penambahan lorong.

    Bagi penyelesaian jangka panjang, JKR Hulu Langat telah mengemukakan permohonan kepada JKR Selangor bagi menaiktaraf jalan Hulu Langat dari Simpang Kg Dato Alias hingga Simpang Batu 14 untuk RMK12 RP5.

    Bagi penyelesaian jangka masa pendek, JKR Hulu Langat bercadang untuk menaiktaraf sistem lampu isyarat di Batu 14 ini daripada loop sensor kepada Wireless Vehicle Detection bagi mengurangkan isu kerosakan loop sensor. Untuk makluman, pada 16 Februari 2024, CSFJ telah pun meluluskan peruntukkan berjumlah RM200 ribu bagi penyenggaran lampu isyarat di sepanjang Jalan Hulu Langat FT3210.

  2. Sekiranya ada penstrukturan semula, bila ianya akan dilaksanakan?

Lampiran

Tiada Lampiran.