Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

21) KESESAKAN JALAN DI SG. SEKAMAT, KAJANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek pembangunan yang telah diluluskan di sekitar kawasan Sg. Sekamat.

    Terdapat 3 projek pembangunan telah diluluskan iaitu Vista Agresif Sdn Bhd, Hexxon Development Sdn Bhd serta Pangsapuri Selangorku Seruni (telah siap di tapak).

  2. Berdasarkan projek yang telah diluluskan, berapakah anggaran kenderaan yang akan menggunakan jalan tersebut?

    Berdasarkan Laporan TIA Perunding Trafik MZK Sdn Bhd yang dikemukakan, anggaran kenderaan yang menggunakan jalan tersebut adalah dalam 3200 buah kenderaan.

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan Sg. Sekamat yang kini mengalami kesesakan yang serius?

    Jalan utama di bawah seliaan pihak JKR Selangor di kawasan Sg. Sekamat, Kajang adalah Jalan Persekutuan FT01 dan Jalan Negeri, Jalan Sungai Sekamat. Buat masa ini, tiada sebarang perancangan untuk menaiktaraf kedua-dua jalan ini. Walaubagaimanapun, kajian kemungkinan boleh dilaksanakan dan sekiranya terdapat keperluan yang tinggi untuk menaiktaraf jalan-jalan ini, permohonan peruntukan boleh dimohon kepada Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.