Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

28) KESESAKAN JALAN DI BANDAR SG LONG, KAJANG DAN BANDAR MAHKOTA CHERAS, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kajian dan cadangan yang telah dilakukan untuk menangani isu ini?

    JKR

     

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Sg Long yang berstatus jalan negeri dan menghubungkan Bandar Sg Long dengan Bandar Mahkota Cheras bermula dari Landmark Residence sehingga Persiaran Mahkota Cheras 2 sepanjang 2.2km. Buat masa ini, tiada sebarang kajian dan cadangan untuk menaiktaraf jalan ini. Walaubagaimanapun, kajian trafik berhubung keperluan untuk menaiktaraf jalan ini boleh dilaksanakan dan sekiranya terdapat keperluan yang tinggi, cadangan untuk menaiktaraf jalan ini boleh dimohon dalam Rancangan Selangor 2 (RS 2).

     

     

    MPKj

     

    Kesesakan jalan di Bandar Sg Long :-

    Kajian TIA bagi cadangan menaiktaraf Persimpangan Jalan Sungai Long – Lebuhraya SILK Cheras Kajang, Mukim Cheras telah pun disediakan oleh Perunding TIA, Hiway Matra yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kajang dimana projek menaiktaraf tersebut dianggarkan berjumlah RM 50 Juta. Terdapat kutipan tabung bagi projek tersebut, melibatkan pembayaran sumbangan oleh pemaju / pemilik yang membangunkan sesuatu tanah berhampiran kerana menyumbang kepada penggunaan sistem jaringan jalanraya. Status kutipan sumbangan tabung Akaun Amanah Infrastruktur projek sehingga Oktober 2023 adalah sebanyak RM 2,502,230.00 sahaja.

     

    Kesesakan jalan di Bandar Mahkota Cheras :-

    Kajian TIA macro bagi cadangan menaiktaraf Persimpangan Bandar Mahkota Cheras – Lebuhraya Cheras Kajang telah pun disediakan oleh Perunding TIA, Perunding Trafik Dinamik PTD yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kajang dimana projek menaiktaraf tersebut dianggarkan berjumlah RM 40.67 Juta. Terdapat kutipan tabung bagi projek tersebut, melibatkan pembayaran sumbangan oleh pemaju / pemilik yang membangunkan sesuatu tanah berhampiran kerana menyumbang kepada penggunaan sistem jaringan jalanraya. Status kutipan sumbangan tabung Akaun Amanah Infrastruktur projek sehingga Oktober 2023 adalah sebanyak RM 1,134,101.30 sahaja.

     

     

    –    Projek tersebut tidak dapat dilaksanakan buat masa ini kerana jumlah kutipan sumbangan yang sedikit berbanding kos projek yang tinggi.

     

    –    Bagi kedua-dua cadangan menaiktaraf tersebut, permohonan peruntukan ke Pejabat Perdana Menteri telah dikemukakan melalui Ahli Majlis, Puan Lim Kim Eng pada bulan Disember 2022 dimana setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Kajang masih belum menerima sebarang maklumbalas.

Lampiran

Tiada Lampiran.