Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

229) KESESAKAN DI PUSAT RAWATAN COVID

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab-sebab berlaku kesesakan pesakit di hospital dan pusat rawatan pesakit COVID di Selangor?

    Kesesakan pesakit yang berlaku di pusat rawatan pesakit COVID (CAC) di Selangor adalah ekoran peningkatan kes yang mendadak.

    Antara salah satu pelan tindakan Pengurusan Kes Covid-19 di Greater Klang Valley adalah inisiatif CAC Maya dan strategi baru iaitu kuarantin di rumah bagi kes-kes tidak bergejala dan tidak perlu ke CAC. Initiatif ini telah dimulakan bagi mengurangkan kesesakan di CAC dan dilengkapi dengan panduan pengurusan pesakit menerusi CAC Maya dan pemberian Digital HSO. Melalui panduan ini, pesakit dilatih untuk membuat penilaian kendiri dan dipantau oleh CAC Maya.

    Penurunan kujungan pesakit dapat dilihat bermula awal Ogos 2021. Ini memberikan lebih banyak ruang kepada pengendali di CAC fizikal untuk menumpukan penilaian dan perawatan kepada pesakit yang bergejala teruk.

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatasi masalah kesesakan tersebut?

    Sepanjang tempoh PKP, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) membantu meringankan beban kesesakan di hospital awam melalui pengoperasian CAC bersama PKD/JKNS seperti berikut :

    1. Kerajaan Negeri membantu menyediakan pengangkutan Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit COVID-19 setelah melalui pemeriksaan di CAC ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) MAEPS, Serdang;
    2. Kerajaan Negeri juga membiayai keperluan logistik di CAC Stadium Malawati seperti sewaan penghawa dingin, genset, khemah dan pembayaran bil-bil utiliti;
    3. Menyelaras bantuan sukarelawan daripada IMARET dan Team Selangor untuk skop klinikal dan bukan klinikal

Lampiran

Tiada Lampiran.