Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

151) KESESAKAN DI JALAN BESAR SERI KEMBANGAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Punca utama kesesakan lalu lintas di Jalan Besar, Seri Kembangan adalah disebabkan Lebuhraya Sungai Besi yang tidak dapat menampung jumlah trafik yang sedia ada. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk bantu menyelesaikan masalah ini?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT 3215. Pihak JKR Selangor mempunyai perancangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di jalan tersebut. Permohonan untuk menaiktaraf jalan ini telah dipohon semula kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) selepas permohonan pada Rolling Plan sebelumnya tidak mendapat kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.