Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

199) KESESAKAN AMANSIARA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah kesesakan mendaki Amansiara diwaktu puncak?

    Masalah kesesakan di kawasan Amansiara pada waktu puncak adalah disebabkan pertambahan kapasiti pengguna jalan raya yang tinggi dan pertukaran bilangan lorong daripada 3 lorong kepada 2 lorong sahaja. Selain daripada itu, keadaan permukaan yang berbukit menyebabkan pengguna jalan raya cenderung untuk memperlahankan kenderaan sebagai tanda berhati-hati.

    Namun begitu, perancangan bagi menaiktaraf jalan berkenaan telah pun diangkat di dalam permohonan projek jalan dibawah Rolling Plan 1 (RP1), Rolling Plan 2 (RP2) dan Rolling Plan 3 (RP3)  Rancangan Malaysia Ke-Duabelas (RMKe-12) dan telah termasuk di dalam senarai pendek untuk kelulusan peringkat Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.