Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

135) KESESAKAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan di Kota Kemuning dan tindakan kerajaan untuk melaksanakan cadangan yang diberikan oleh MBSA melalui SATMAS?

    Untuk makluman mesyuarat, hasil daripada kajian SATMAS terdapat tiga (3) bulatan yang perlu disediakan flyover. iaitu bulantan pertama melibatkan Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Vanilla, bulatan kedua Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Oncidium serta bulatan ketiga Persiaran Anggeri Mokara dan Persiaran Anggerik Aranda. Pihak Lantikan perunding perlulah dilakukan dan dalam proses tindakan Majlis agar pihak perunding dapat menyediakan perincian kos pembinaan yang lebih tepat kerana kos pembinaan bagi satu (1) flyover dijangka berjumlah RM80 juta. sehubungan itu, pihak Majlis mencadangkan agar pembinaan flover pertama dibina terlebih dahulu di Persiaran Anggerik Mokara dan Anggerik Vailla. Walaubagaimanapun, pembinaan dua (2) lagi flyover dilaksanakan secara berfasa mengikut peruntukan jangka panjang.

  2. Adakah kerajaan akan membina "flyover" di Persiaran Anggerik Mokara dan kenapa pembinaan dari Rimbayu tidak bermula?

    Pembinaan Jejambat di Persimpangan Rimbayu dan Persiaran Anggerik Mokara adalah di bawah tindakan pihak pemaju iaitu Rimbayu Sdn Bhd (IJM Land). Status perkembangan terkini adalah kerja-kerja reka bentuk jejambat sedang dilaksanakan dan akan dikemukakan kepada pihak MPKL, MBSA, JKR, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

    Permohonan kepada MPKL dijangka akan dibuat pada Ogos 2024 dan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada awal tahun 2025 selepas mendapat kelulusan dan dijangka siap pada Mac 2027.

    Di samping pembinaan flyover persiaran Rimbayu ke Persiaran Anggerik Mokara, MPKL juga telah mencadangkan kepada IJM Rimbayu untuk membina Interchange menghubungi Bandar Rimbayu ke Lebuhraya SKVE. Tujuan MPKL mencadangkan pembangunan Interchange ini adalah untuk menyuraikan lalu lintas dalam Bandar Rimbayu agar tidak membebankan Persiaran Rimbayu ke Persiaran Anggerik Mokara sekaligus dengan penyuraian ini MPKL berpandangan sebahagian daripada penduduk di Bandar Rimbayu dapat menggunakan Interchange ini dengan menggunakan Lebuhraya SKVE dan flyover BSP.

Lampiran

Tiada Lampiran.