Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
208) KESELAMATAN WARGA TEMPATAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme bagi mengawal kewujudan komuniti-komuniti warga asing di sesuatu kawasan sehingga kehadiran komuniti ini menimbulkan rasa tidak selesa dan aman di kalangan rakyat tempatan?
Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai mekanisme untuk mengawal kewujudan komuniti warga asing di kawasan PBT. Pihak PBT hanya bertindak dan mengambil tindakan untuk mengawal komuniti asing yang berniaga tanpa lesen. Walau bagaimanapun, PBT sentiasa bekerjasama dengan memanjangkan aduan – aduan berkaitan warga asing ke pihak Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengamalkan konsep no wrong door policy dalam menangani isu dan mengawal kebanjiran warga asing. Operasi bersepadu turut dilaksanakan dalam membanteras pendatang tanpa izin dari masa ke semasa