Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
43) KESELAMATAN SIBER DAN PENIPUAN DALAM TALIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber di kalangan penduduk Selangor?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membanteras penipuan dalam talian yang semakin berleluasa?
-
Berapakah jumlah kerugian dan kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian di Selangor?
JUMLAH KERUGIAN DAN KES JENAYAH MELIBATKAN PENIPUAN DALAM TALIAN DI SELANGOR BAGI TAHUN 2023/2024
PERKARA JUMLAH KES PENIPUAN DALAM TALIAN PERBEZAAN KERUGIAN (RM) PERBEZAAN TAHUN 2023 2024 (-169) 2023 2024 RM94,332,847.17 JUMLAH 5260 5091 RM292,093,647.17 RM386,426,494.32 - Jumlah kes penipuan dalam talian pada tahun 2023 adalah sebanyak 5260 kes manakala pada tahun 2024 sebanyak 5091 bagi tempoh yang sama. Pengurangan sebanyak (-169 kes).
- Kerugian yang direkodkan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM292,093,647.17 manakala pada tahun 2024 sebanyak RM386,426,494.32. perbezaan nilai meningkat sebanyak RM94,332,847.17.