Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

118) KESELAMATAN PENGGUNA KERETAPI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan sistem pengangkutan keretapi pelbagai jenis amat penting di Selangor, apakah Kerajaan Negeri Selangor dilibatkan bersama pihak KTM dalam menentukan kecukupan infrastuktur juga kemudahan awam khususnya di sepanjang laluan Komuter stesyen. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam di dalam kawasan stesen komuter adalah tertakluk di bawah fungsi dan kawalan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) yang bertanggungjawab dalam mengurus, mengawal selia dan menyenggara semua aset keretapi. Kerajaan Negeri juga tidak dilibatkan bersama pihak PAK mahupun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam menentukan kecukupan infrastruktur dan juga kemudahan awam khususnya di kawasan stesen. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan sentiasa memberikan kerjasama dalam memastikan keperluan keselamatan dan kemudahan laluan pengguna komuter disediakan dengan baik.

  2. Banyak kemalangan jiwa telah berlaku di sebabkan tiada tembok penghalang dan jejantas khas yang disediakan oleh pihak KTM khususnya di sepanjang laluan Batu Tiga, Shah Alam, Padang Jawa. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menguatkuasakan keselamatan pengguna oleh KTM??

    Kawalan keselamatan dan pemasangan pagar keselamatan sepanjang landasan  laluan    keretapi adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sepenuhnya. Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan keselamatan sepanjang             jajaran landasan keretapi di Stesen Padang Jawa & Stesen Batu Tiga. Namun begitu           pihak MBSA boleh dari semasa ke semasa akan memaklumkan kepada pihak KTMB untuk memastikan aspek keselamatan di landasan dan stesen-stesen keretapi sentiasa dipantau untuk mengelakkan kemalangan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.