Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

142) KESELAMATAN PELANCONG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan pelancong di Selangor, termasuk kawalan di kawasan popular serta pengurusan risiko bencana di destinasi semula jadi?

    Pelancong menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif, termasuk kawalan di kawasan popular dan pengurusan risiko bencana di destinasi semula jadi. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil:

     

    • Menyediakan kemudahan seperti pagar keselamatan serta laluan pejalan kaki yang selamat di kawasan pelancongan untuk mengurangkan risiko kemalangan;

     

    • Menganjurkan program dan kempen kesedaran awam mengenai keselamatan di kawasan pelancongan selain membuat hebahan maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan sekiranya berlaku kecemasan melalui media sosial kepada para pengunjung; dan

     

    • Mengawal pembangunan di kawasan sensitif untuk mencegah risiko seperti tanah runtuh atau banjir yang boleh mengancam keselamatan pelancong.
  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh PBT dalam usaha pengurusan risiko di kawasan perlancongan yang mungkin merbahaya?

    Pihak PBT sentiasa komited dalam dan proaktif dalam pengurusan risiko di kawasan pelancongan yang mungkin berbahaya melalui pelbagai inisiatif seperti berikut:

     

    • Memastikan infrastruktur dan kemudahan awam adalah selamat dan diselenggara secara berkala untuk mengelakkan berlakunya kejadian kemalangan;

     

    • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan terhadap pengusaha dan operator produk pelancongan supaya mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan;

     

    • Menyediakan pelan tindakan kecemasan yang jelas untuk menangani situasi berbahaya seperti bencana alam atau kejadian yang tidak diingini. Ini termasuk latihan dan simulasi untuk anggota keselamatan dan masyarakat setempat;

     

    • Menjalinkan kerjasama dengan Agensi dan Organisasi Keselamatan yang lain untuk memastikan respons yang cepat dan berkesan terhadap sebarang situasi berbahaya yang berkemungkinan akan berlaku; dan

     

    • Menjalankan pemantauan secara berkala terhadap kawasan pelancongan untuk menilai risiko yang ada dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.