Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

175) KESELAMATAN JALAN RAYA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Persimpangan di Pekan Rasa (dari Jalan Kuala Kali - Rasa) bersambung dengan FT001 Jalan Persekutuan telah dikategori sebagai 'blackspot' kemalangan jalan raya, apakah rancangan Kerajaan Selangor untuk menaik taraf jalan di situ demi menjamin keselamatan pengguna jalan?

    Kajian telah dilaksanakan oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan JKR Malaysia pada tahun ini. Berdasarkan kajian tersebut, JKR Selangor akan mengemukakan permohonan cadangan penaiktarafan persimpangan di FT001 Seksyen 441.6 dan penggantian jambatan Sungai Engkak (FT001/441/50) ke Kementerian Kerja Raya pada tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.