Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
99) KESELAMATAN JALAN RAYA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan keselamatan pengguna jalan?
Jalan Assam Jawa ke Desa Coalfield adalah Jalan Persekutuan FT54. Projek pelebaran jalan ini sedang dalam peringkat pembinaan dan dikawal selia oleh pasukan khas, Cawangan Jalan IP JKR Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di jalan tersebut :
i. Mengenal pasti kawasan yang berisiko dan melaksanakan langkah pencegahan seperti papan tanda keselamatan, lampu jalan, penghadang jalan dan lain-lain item pencegahan bagi memastikan jalan lebih selamat.
ii. Melaksanakan Audit TMP bagi memastikan pihak kontraktor mematuhi segala arahan dan penetapan dalam pelaksanaan Traffic Management Pelan (TMP).
iii. Memastikan segala aduan yang diterima daripada pengguna jalan raya ditutup mengikut piagam pelanggan JKR.
iv. Melaksanakan rutin inspection jalan tersebut dan memastikan Emergency Response Team (ERT)