Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

287) KESELAMATAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menjamin dan menyediakan satu suasana yang baik dan selesa untuk Rakyat Selangor?

    Dalam menjamin dan menyediakan satu suasana yang baik dan selesa untuk rakyat Selangor, Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan antaranya:-

    • Agensi-agensi berkaitan di bawah Kerajaan Negeri boleh menganjurkan program untuk mendidik dan memberi kesedaran awam dalam jenayah dan membantu polis dalam pencegahan jenayah;

     

    • Kerajaan Negeri melalui PBT boleh mengadakan “Target Hardening” seperti mewujudkan kawasan pejalan kaki yang ada pengadang, memasang lampu di kawasan gelap dan memasang CCTV di lokasi panas (Hot Spot);

     

    • Dalam kegiatan judi haram, maksiat dan pelacuran, pihak PBT mesti lebih tegas dalam aspek pemberian lesen baru bagi pusat-pusat hiburan, video games dan snuker. Mana-mana premis yang terbukti melanggar syarat- syarat yang dikeluarkan ekoran serbuan polis, PBT diminta membatalkan lesen dengan segera;

     

    • Bagi memastikan lesen yang dikeluarkan tidak disalahgunakan, pihak PBT diminta sama-sama membuat pemantauan di pusat-pusat hiburan supaya lesen yang dikeluarkan oleh pihak PBT tidak terlibat dengan judi “On Line” dan
  2. Sila berikan jumlah pecahan kes jenayah yang telah berlaku di Daerah Kuala Langat sejak Tahun 2014 hingga kini

    Seperti di lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.