Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
45) KESELAMATAN DAN USAHA BANTERAS JENAYAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pendekatan terbaik dalam menyebarluaskan program CommunityPolicing/PKKPJ/Seroja serta langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dalam menyediakan infrastruktur yang mampu mencegah jenayah?
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor telah menyediakan piawaian Garis Panduan Permohonan termasuk borang-borang yang diguna pakai secara seragam bagi memudahkan JMB dan MC untuk memohon bantuan Skim SEROJA. Garis Panduan tersebut telah pun diedarkan kepada semua Unit Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan dan akan dipanjangkan kepada semua pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen untuk meluaskan akses kepada JMB dan MC. Setakat ini, terdapat 13 kawasan pangsapuri telah mendapat dan membuat permohonan bantuan skim SEROJA seperti berikut:
BIL. PBT NAMA PANGSAPURI TAHUN BERMULA PELAKSANAAN 1. MBSA 1. SRI ERA 2013 2. MBPJ 2. DESA MENTARI, BLOK 3 2014 3. MPSJ 3. A27-A30, PUCHONG PERMAI 2013 4. MPAJ 4. CEMARA 1 & 2 2014 5. NUSA KURNIA 2014 6. INTAN, BUKIT PERMAI 2014 7. INAI BLOK A, B, C DAN D 2015 5. MPK 8. MAWAR CEMPAKA 2013 6. MPKj 9. MELUR, TAMAN SUTERA KAJANG 2014 BIL. PBT NAMA PANGSAPURI TAHUN BERMULA PELAKSANAAN 7. MPS 10. LAKSAMANA JAYA 2013 8. 11. CEMPAKA, TAMAN GOMBAK PERMAI 2014 9. MPSp 12. MEGAH VILLA 2013 10. MDHS 13. KENANGA, TAMAN BUNGA RAYA 2014 -
Adakah peruntukan yang disediakan/digunakan bagi program PKKPJ benar2 memberi impak terhadap isu menjaga keselamatan?
PKKPJ diperkenalkan pada tahun 2011 dengan peruntukan sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada setiap RA / RT mengikut syarat-syarat tertentu. Pada tahun 2014, program ini diperluaskan kepada JMB kos rendah / sederhana. Tujuan PKKPJ ini adalah untuk menggalakkan ‘community policing’ di kalangan penduduk Petaling Jaya. Hasil analisa yang dijalankan melalui kaedah borang, laporan, temuramah dan pemerhatian mandapati, sepanjang tahun 2011 sehingga 2014 mendapati kawalan keselamatan yang dilaksanakan secara sukarela oleh penduduk meningkat dan kekerapan rondaan lebih 3 kali seminggu meningkat sebanyak 75% dari tahun 2011.
-
Nyatakan Statistik kes-kes jenayah di seluruh negeri Selangor bagi setiap kawasan DNS bagi 2013-2015 (berdasarkan jenis jenayah, umur penjenayah terlibat, jumlah tangkapan, jumlah kes yang berjaya diselesaikan)
Perangkaan jenayah indeks bagi tempoh Januari – Disember 2013/2014 iaitu pada tahun 2014 sebanyak 43,059 kes jenayah indeks dicatatkan berbanding tahun 2013 sebanyak 36,308 kes iaitu penurunan sebanyak 6,751 kes @ -15.68%. Berikut adalah perangkaan jenayah indeks bagi kontinjen Selangor tempoh Januari – Disember 2013/2014.
Perangkaan Jenayah Indeks Mengikut Daerah Polis Kontinjen Selangor Tempoh Januari – Disember 2013 / 2014 adalah seperti berikut:
Perangkaan jenayah indeks bagi tempoh Januari – Februari 2014/2015 iaitu pada tahun 2015 sebanyak 5,304 kes jenayah indeks dicatatkan berbanding tahun 2014 sebanyak 6,608 kes iaitu penurunan sebanyak 1,304 kes @ -19.73%. Berikut adalah perangkaan jenayah indeks bagi kontinjen Selangor tempoh Januari – Februari 2014/2015
Perangkaan Jenayah Indeks Mengikut Daerah Polis Kontinjen Selangor Tempoh Januari – Februari 2014 / 2015 adalah seperti berikut:
Perangkaan Bagi Kes Jenayah Indeks, Jumlah Kes Selesai Dan Jumlah Tangkapan Bagi Negeri Selangor Tempoh Tahun 2013 hingga 2014 Dan 2015 (Jan-Feb)
Perbandingan Jenayah Indeks bagi tahun 2013 dan 2014 telah menunjukkan penurunan sebanyak 6,751 kes @ -15.68% di mana tahun 2013 sebanyak 43,059 kes dan tahun 2014 sebanyak 36,308 kes.
Perbandingan Jenayah Indeks bagi tahun 2014 dan 2015 (Jan – Feb) telah menunjukkan penurunan sebanyak 1,304 kes @ -19.73% di mana tahun 2014 sebanyak 6,608 kes dan tahun 2015 sebanyak 5,304 kes.
Bagi kes selesai pada tahun 2013 sebanyak 20,852 kes @ 48.43% telah berjaya diselesaikan daripada 43,059 kes dan tangkapan penjenayah sebanyak 9,919 orang saspek.
Bagi kes selesai pada tahun 2014 sebanyak 19,626 kes @ 54.05% telah berjaya diselesaikan daripada 36,308 kes dan tangkapan penjenayah sebanyak 11,349 orang saspek.
Bagi kes selesai pada tahun 2015 (Jan-Feb) sebanyak 2,729 kes @ 51.45% telah berjaya diselesaikan daripada 5,304 kes dan tangkapan penjenayah sebanyak 1,272 orang saspek.