Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

326) KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah statistik kanak-kanak miskin dan terbiar di negeri Selangor? Apakah kerajaan negeri mempunyai sebarang bentuk bantuan kewangan atau akademik yang disediakan bagi membantu kanak-kanak dari keluarga miskin dan terbiar?

    Statistik kanak-kanak yang memerlukan perlindungan di negeri Selangor ialah seperti berikut:

    BIL. DAERAH/CAWANGAN KANAK-KANAK MEMERLUKAN PEMELIHARAAN &  PERLINDUNGAN (Seksyen 17)
    1 Petaling 314
    2 Subang Jaya 336
    3 Shah Alam 256
    4 Gombak 520
    5 Hulu Langat 734
    6 Klang 524
    7 Hulu Selangor 150
    8 Sabak Bernam 73
    9 Kuala Selangor 173
    10 Sepang 128
    11 Kuala Langat 145
    Jumlah 3353

     

    Kanak-kanak yang diberi perlindungan dan jagaan di pusat perlindungan akan menjalani aktiviti dan program yang telah ditetapkan oleh sesuatu pusat perlindungan tersebut iaitu dari segi pendidikan kerohanian dan jasmani disamping memastikan kebajikan kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik. Seksyen 7 (1) (a) Akta Pusat Jagaan 1993 memperuntukkan bahawa tiap-tiap pusat hendaklah mengadakan suatu program, aktiviti harian yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah yang meliputi kemudahan latihan, aktiviti agama dan rekreasi bagi penghuni orang yang diterima untuk jagaan.

     

    Bagi kanak-kanak miskin, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) minimum sebanyak RM200 sehingga maksimum RM1,000.00 sebulan diberikan kepada satu keluarga. Untuk makluman Yang Berhormat, penerima manfaat BKK di negeri Selangor ialah seramai 11,104 kanak-kanak dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 19,598,300.

     

    Selain itu, JKM menyediakan Bantuan Anak Pelihara (BAP) iaitu bantuan dengan kadar RM250 sebulan bagi seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan bagi yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih ini bertujuan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim atau yatim piatu supaya dapat terus tinggal dalam masyarakat atau keluarga pelihara dan menjalani kehidupan dengan sempurna. Seramai 124 penerima telah menerima manfaat dari BAP dan sebanyak RM 488,450.00 peruntukan telah disalurkan sehingga pada Disember 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.