Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

3) KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap perlindungan dan keselamatan kanak-kanak?

    Populasi kanak-kanak negeri Selangor di bawah umur 18 tahun ialah 1.9 juta orang mewakili hampir satu pertiga populasi penduduk di negeri ini. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah membangunkan Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor & Pelan Tindakan 2022-2025 yang telah dilancarkan pada Mei 2023.

    Menerusi tema ‘Anak Selangor Anak Kita’, Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor bermatlamat untuk mewujudkan golongan kanak-kanak yang terpelihara dari sudut hak, kebajikan, akses kepada sumber dan pembangunan potensi dengan mengambil kira peranan semua pihak berkepentingan, (termasuk ibu bapa, pemimpin komuniti, institusi berkaitan dan agensi kerajaan) dan memastikan tiada satu pun kanak-kanak yang ketinggalan atau tercicir.

    Perlindungan dan keselamatan kanak-kanak ditekankan dalam Domain 8 Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor. Isu teras bagi domain ini ialah penaiktarafan infrastruktur sedia ada, keselamatan persekitaran dan menambah jumlah kemudahan di Kawasan luar bandar. Antara matlamat yang ditetapkan dalam domain ini ialah mewujudkan persekitaran dan komuniti yang selamat untuk didiami keluarga dan kanak-kanak.

    Terdapat sembilan (9) tindakan yang dirancang antaranya ialah kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis untuk meningkatkan rondaan di sekitar kawasan taman permainan dan rekreasi kanak-kanak dan menempatkan pengawal keselamatan khusus bagi memantau kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas di tempat yang berisiko.

  2. Nyatakan statistik jenayah terhadap kanak-kanak termasuk penderaan, pengabaian dan keganasan seksual.

    Statistik jenayah terhadap kanak-kanak termasuk penderaan, pengabaian dan keganasan seksual adalah seperti berikut:

  3. Nyatakan statistik kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah.

    Pada tahun 2023, seramai 588 orang kanak-kanak yang terlibat di bawah kesalahan jenayah. Jenis jenayah yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak ialah kes merusuh iaitu sebanyak 138 orang serta kes curi iaitu sebanyak 112 orang. Pecahan kes tangkapan melibatkan kanak-kanak adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.