Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

47) KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN NELAYAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat kes di mana keselamatan nelayan di persisir pantai negeri Selangor terancam. Apakah keadaan dan faktor sebenar yang telah mengancam para nelayan?

    Pelanggaran bot – bot nelayan dengan kapal dagang yang telah menyebabkan kes kematian dan bot karam kurangnya lampu penunjuk arah di bagan nelayan yang menyukarkan nelayan untuk ke laut pada waktu malam

    Berlakunya kes peralatan jaring dan sebagainya rosak teruk akibat dilanggar kapalkapal atau barge yang berlabuh sesuka hati di tempat nelayan menjaring ikan ( contoh Megasteel di Kuala Langat)

  2. Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan keselamatan nelayan kita terpelihara?

    Kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan sedang bekerjasama di antara pelbagai agensi penguatkuasaan dan telah menubuhkan 1 jawatankuasa bertindak di antara semua agensi yang bertanggungjawab menguruskan perairan kelautan Negara yang akan bersama menjaga dan memantau keselamatan nelayan.

  3. Apakah bentuk bantuan kebajikan kepada keluarga nelayan yang mendapat kesusahan?

    Jabatan Perikanan Selangor belum pernah memberi apa-apa bantuan kepada keluarga nelayan yang mendapat kesusahan. Tidak diketahui agensi lain yang ada memberi bantuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.