Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

235) KESELAMATAN DAN JENAYAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah anggota polis bantuan yang ditugaskan untuk membantu menjaga keselamatan penduduk mengikut pecahan PBT.

    Sehingga kini, tahap pencapaian portfolio untuk Adat Melayu bolehlah dibanggakan oleh kita semua. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan seperti program turun ke padang bersama masyarakat, pelbagai program pameran berkaitan budaya dan kesenian bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta, persembahan kesenian dan sebagainya. Selain itu, pelbagai kajian yang dilaksanakan oleh staf Padat kini di peringkat akhir dan akan diterbitkan oleh pihak Padat untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar dan masyarakat. Pihak Padat juga akan berterusan menerbitkan buku jurnal ilmiah yang memuatkan pelbagai kajian berkaitan adat, budaya dan kesenian di negeri Selangor ini.

  2. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri bagi membantu mengurangkan kadar jenayah melalui Jawatankuasa Bandar Selamat yang ditubuhkan di setiap PBT?

    Antara pendekatan Kerajaan Negeri adalah:-

    1. Bahagian Penguatkuasa telah bekerjasama dengan pihak Ibu Pejabat Daerah Polis bagi menjalankan rondaan dan operasi bersepadu cegah jenayah seperti lumba haram, curi kenderaan dan anti dadah di kawasan PBT;

     

    1. Mengimplemtasikan pemasangan fizikal langkah segera program bandar selamat seperti laluan pejalan kaki, railing, bollard, papan tanda keselamatan, cermin keselamatan, tempat letak motosikal berkumci, CCTV, pencahayaan dan lain-lain;

     

    • Membuat hebahan melalui media, risalah dan seminar kesedaran berhubung penjagaan keselamatan diri individu dan aspek keselamatan sesebuah kawasan; dan

     

    1. Menggalakkan penglibatan penduduk dalam penjagaan keselamatan kawasan mereka dengan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga (RT), kumpulan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.