Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

23) KESELAMATAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah segera yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani kejadian ragut dan pecah rumah yang semakin berleluasa sekarang di kawasan perumahan dan perniagaan?

    Pihak polis khususnya Kontinjen Negeri Selangor telah melancarkan operasi secara berterusan membabitkan semua peringkat pegawai dan anggota polis. Di antara inisiatif yang diambil ialah:-

    Konsep 4P.

    • Protective (Pelindung)
    • Proactive (Proaktif)
    • People Oriented (Berorientasikan Masyarakat)  Performance (Berprestasi)

    Konsep 4P itu sangat signifikan dalam membina pasukan yang akan menjadi kebanggaan rakyat dan negara. Memotivasikan semua peringkat dalam pasukan untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ikhlas dan berintegriti.

    Ops Payung – Konsep penggunaan secara Citizen-Focused Policing yang dapat memberikan kesan psikologi yang positif dalam usaha mengembalikan persepsi dan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan polis. Payung yang memberi perlindungan dari hujan dan matahari secara simboliknya melambangkan elemen pelindung (protector) kepada masyarakat.

    Rondaan Bit – Bertujuan menjalankan rondaan di sekitar kawasan yang ditetapkan bagi mempercepatkan pergerakan sekiranya berlaku jenayah di kawasan rondaan.

    Community Policing – Bertujuan menjalin kerjasama antara PDRM dan masyarakat bagi mengenal pasti dan menangani dengan berkesan kes-kes jenayah dan gejala sosial. Ia adalah sebagai salah satu langkah awal untuk mendampingi masyarakat secara dekat bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah jenayah. Kaedah ini akan memberi peluang kepada pegawai dan anggota polis untuk berinteraksi secara terus dengan ahli-ahli masyarakat tempatan.

    Sector Call-Card – Masyarakat dapat memberi sebarang laporan aktiviti mencurigakan yang berlaku di kawasan mereka kepada anggota sektor dengan cepat dan efisyen. Melalui sistem ini, setiap anggota sektor telah dipertanggungjawabkan kepada sektor masing – masing. Masyarakat lebih mengenali anggota sektor dan menjadi mata dan telinga kepada polis.

    Selangor Facebook – Satu medium perhubungan yang dapat menyalurkan maklumat dengan mudah tanpa sempadan. Sejajar dengan arus kecanggihan teknologi, Facebook Polis Selangor diwujudkan untuk mendekatkan polis dengan masyarakat dalam menerima segala maklumat dan cadangan.

    My Distress – Penggunaan MyDistress hanya semasa kecemasan iaitu apabila berlakunya sesuatu jenayah, seseorang yang disyaki melakukan jenayah ada berdekatan ataupun seseorang cedera, diugut atau berada dalam bahaya. Penggunaan MyDistress adalah dalam situasi ketika memerlukan respon segera jika sesuatu jenayah/insiden berlaku di sekeliling kita.

    Rakan Cop – Penubuhan Rakan Cop adalah satu pendekatan tepat mengajak orang ramai membantu PDRM mencegah jenayah. Langkah tersebut berjaya mengurangkan jenayah. Penubuhan Rakan Cop menyumbang kepada kejayaan memerangi jenayah melalui laporan dan maklumat oleh orang awam.

    Selain itu, operasi secara berterusan diambil bagi membanteras jenayah dengan mengadakan :-

    • Operasi Lejang – Membanteras jenayah curi kenderaan.
    • Operasi Pintu – Membanteras jenayah pecah rumah.
    • Operasi Rentap – Membanteras jenayah curi ragut.
    • Operasi Lusuh – Membanteras jenayah curi kabel,peralatan pencawang telekomunikasi.
    • Operasi Kargo – Membanteras jenayah samun motolori yang mempunyai muatan.
    • Operasi SKM – Membanteras jenayah samun kereta mewah.
    • Operasi Noda – Membanteras jenayah pelacuran.
    • Operasi SKB – Membanteras jenayah samun keluar duit dari bank.
    • Operasi Dadu – Membanteras jenayah perjudian.  Operasi Nyah – Membanteras kemasukan PATI.
  2. Adakah pihak kerajaan negeri mengenal pasti kaedah praktikal untuk menangkap anjing liar yang semakin membimbangkan masyarakat?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Jun 2013 telah menolak soalan ini.

  3. Apakah tindakan susulan terhadap rungutan masyarakat berhubung tiadanya jejantas di kawasan sekolah yang terletak di lalulintas sibuk seperti di SK 1dan 2 Sri Gombak?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Jun 2013 telah menolak soalan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.