Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

160) KESEJAHTERAAN MASYARAKAT BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha-usaha dan program khusus berkaitan dengan kesejahteraan Masyarakat Bandar yang telah dirancang dan dilaksanakan?

    Pelbagai usaha berkaitan dengan kesejahteraan Masyarakat Bandar yang telah dilaksanakan di peringkat PBT, antaranya adalah:

     

    Mewujudkan kawasan tumpuan awam secara berpusat dalam perancangan pemajuan yang difokuskan dalam bentuk kemudahan masyarakat seperti dewan, tadika, ruang niaga dan kawasan riadah/rekreasi.

    • Merancangkan aktiviti/perancangan sosial bersama masyarakat seperti program gotong-royong, program kesihatan dan senaman, kempen keselamatan, sambutan perayaan dan
    • Menggalakkan jalinan kerjasama antara PBT, komuniti dalam penjagaan keselamatan melalui penubuhan Community Policing, Skim Rondaan Sukarela dan Rukun

     

    Antara program khusus yang telah dilaksanakan di PBT adalah seperti:

     

    i.             Program Sejahtera Komuniti (SEJATI)

    • Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Golongan Miskin Bandar / Berpendapatan Rendah

     

    ii.              Projek ‘PJ CITY FOOD BANK’

    • Merupakan pusat bagi pengumpulan makanan yang disumbangkan oleh syarikat pengeluar produk makanan, pasaraya, kilang, pengusaha makanan, restoran, hotel, kedai bakeri, syarikat swasta dan orang perseorangan yang seterusnya akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, pusat jagaan orang kurang upaya, persatuan ibu-ibu tunggal dan

     

    • Pengiktirafan Kepada Komuniti (Pertandingan Zon Bersih Mini) Penganjuran program    tersebut    adalah   bertujuan   bagi     memupuk kesedaran   dan   budaya   cintakan   kebersihan   melalui   penglibatan komuniti. Program pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat berhubung penerapan konsep LA21 dan dipertandingkan di peringkat MPP Zon.

     

    1. Jaringan Komunikasi dan Silaturahim (Program Seminar MPP) Program ini adalah merupakan usaha murni pihak Majlis dengan memberi peluang kepada Persatuan Penduduk / Komuniti Shah Alam untuk meningkatkan tahap keperluan penduduk melalui pembentangan kertas kerja /cadangan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah

     

    • Program Masyarakat Prihatin – Penyediaan Bas Percuma

     

    • Local Agenda 21
  2. Bagaimanakah keselarasan yang dibuat bersama dengan pihak PBT untuk mencapai tujuan ini?

    Keselarasan dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan dan Mesyuarat Pembangunan Mampan yang bersidang yang dihadiri oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mesyuarat ini membincangkan mengenai pelan pembangunan setempat mengikut Local Agenda 21 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM)

  3. Apakah usaha kesejahteraan, selain bantuan berbentuk kewangan?

    Selain bantuan berbentuk kewangan, PBT mengambil inisiatif dalam membentuk sebuah masyarakat bandar yang sejahtera dan mampan melalui pelaksanaan program-program dan projek-projek komuniti yang mampu menjana ekonomi dan pendapatan serta membantu dalam memupuk kesedaran, menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran di segenap peringkat masyarakat. Antara usaha lain adalah:

     

    1. Pemberian Tong Kompos
    2. Pemberian Tong Sampah Percuma
    • Galakan kepada Program Kebun Komuniti
    • Planter Box Sayuran sebagai galakan kejiranan hijau di hadapan mahupun di belakang rumah selain dapat mewujudkan semangat kejiranan.
    • Peralatan Keselamatan bagi Program ‘Community Policing’
    • Taklimat, ceramah dan kempen ke arah Keselamatan Dan Keharmonian

Lampiran

Tiada Lampiran.