Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

215) KESEJAHTERAAN KELUARGA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan bagi membangunkan keluarga yang sejahtera di Selangor?

    Negeri Selangor merupakan sebuah negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi membangunkan keluarga yang sejahtera di Selangor. Memperkenalkan konsep “family first” adalah perancangan utama bagi Kerajaan Negeri Selangor dalam menjayakan pembangunan modal insan. Justeru itu, pelbagai program yang fokus kepada keluarga akan terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri di masa hadapan. Dengan wujudnya program-program pembangunan keluarga ini, maka diharap agar isu-isu rumahtangga seperti perceraian dan isu-isu sosial dapat dikurangkan.

  2. Apakah indikator yang digunakan untuk mengukur perkara ini?

    Kerajaan Negeri Selangor memandang serius dalam soal kekeluargaan. Rakyat yang sejahtera lahir dari keluarga yang bahagia. Dalam konteks kesejahteraan keluarga Kerajaan Negeri menggunakan tujuh (7) elemen sebagai indikator pengukur peningkatan. Elemen tersebut adalah :-

    • Jalinan Kekeluargaan;
    • Ekonomi Keluarga;
    • Kesihatan;
    • Keselamatan;
    • Kerohanian/ Pegangan Agama;
    • Jalinan Komuniti; dan
    • Persekitaran
  3. Apakah program yang dilaksanakan dan berapakah peruntukan kewangan yang di peruntukan untuk tujuan ini?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mensasarkan beberapa program berbentuk kekeluargaan untuk dilaksanakan dalam tahun 2015. Antara program-program kekeluargaan yang telah dirancang untuk dilaksanakan adalah :-

    Seminar Keibubapaan “Towards Gen Alpha 2015”;

     

    Bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu keibubapaan kepada golongan ibu bapa muda yang mempunyai anak-anak yang lahir dalam generasi Alpha memahami dan menangani cabaran membesarkan anak-anak dalam arus teknologi moden.

     

    1. Hari Bersama Keluarga (Family Day Out); dan

     

    Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan institusi kekeluarga sesama masyarakat. Selain itu memberi ruang dan peluang keluarga menghabiskan masa bersama-sama ahli keluarga dengan berkualiti. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

     

    iii)                 Program     kempen-kempen     kesedaran     terhadap     menangani keganasan terhadap wanita dan keluarga.

    Program ini merupakan program-program kesedaran terhadap bagaimana cara menangani dan mengelakkan keganasan yang seringkali terjadi terhadap wanita, kanak-kanak dan golongan warga emas. Pelbagai agensi dan jabatan terlibat dalam memberi penerangan dan tunjuk ajar.

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah memperuntukkan sebanyak RM230,000.00 daripada RM1,000.000.00 peruntukan tahunan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga bagi melaksanakan program-program kekeluargaan

Lampiran

Tiada Lampiran.