Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
71) KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN DI KAMPUNG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kes-kes jenayah semakin meningkat dan kemalangan di jalanraya sering berlaku di kawasan kampung berpunca daripada kawasan gelap. Adakah rancangan dan peruntukan dari Negeri Selangor untuk memasang lampu2 jalan dan mencerahkan kawasan2 kritikal di kampung?
Kerajaan Negeri amat prihatin akan keselamatan rakyat di luar bandar. Bagi memastikan keselamatan terjamin, pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah meluluskan RM10 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur kemudahan awam, di mana ia merangkumi skop pemasangan lampu-lampu jalan di kawasan yang melibatkan jenayah dan juga kemalangan. Ini bagi memastikan jumlah kes-kes jenayah dan kemalangan yang berlaku di luar bandar akan semakin berkurang. Pertimbangan diberikan setelah mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah bagi menangggung kos bil elektrik yang perlu dibayar menggunapakai belanja mengurus sedia ada Pejabat Daerah.