Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
159) KESAN TPPA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah persiapan GLC kerajaan negeri untuk menghadapi perlaksanaan TPPA?
Pada masa kini tiada strategi khusus dirangka kepada GLC bagi menghadapi TPPA. Namun demikian, Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan GLC dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan teknologi dan kepesatan pembangunan negeri. GLC perlu menyedari cabaran TPPA dan mengambil peluang ini untuk terus berdaya
-
Sejauh manakah impak terhadap GLC kerajaan negeri yang dijangkakan setelah perlaksanaan TPPA?
Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan selama dua (2) hari di Dewan Rakyat. Keputusan tersebut telah menyaksikan perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 4 Februari 2016 oleh 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan
Untuk makluman YB, selepas perjanjian ini ditandatangani, semua ahli TPP mempunyai tempoh 24 bulan untuk melengkapkan proses domestiknya bagi membolehkan Perjanjian TPP diratifikasi. Perjanjian TPP akan berkuatkuasa:
- Apabila 12 ahli TPP telah menyelesaikan proses ratifikasi dalam tempoh 24 bulan; atau
- Sekiranya syarat (a) tidak dapat dipatuhi, ratifikasi adalah perlu oleh sekurang-kurangnya enam (6) negara yang menyumbang 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara
Walaupun kesan secara langsung tidak dapat dilihat dalam tempoh masa terdekat. Apabila dilaksanakan, GLC Kerajaan Negeri memainkan peranan yang besar dalam menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan dijangkakan turut menerima impak daripada TPPA.
GLC di negeri Selangor menawarkan perkhidmatan berkaitan infrastruktur. Dari sudut positif, TPPA merupakan peluang untuk GLC mengorak langkah meluaskan perniagaan dan perkhidmatan ke pasaran global dan negara-negara TPP. Namun ia tertakluk kepada prestasi dan kemampuan GLC bersaing di pasaran global.
Dari sudut negatif, TPPA akan membawa pasaran yang lebih terbuka. GLC akan terdedah kepada persaingan yang lebih sengit. Sekiranya GLC tidak berupaya memberikan prestasi cemerlang dan perkhidmatan terbaik, GLC tertinggal tidak mampu bersaing dengan syarikat luar negara.