Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

239) KESAN SEKATAN KAPAL MILIKAN ISRAEL KE ATAS PERATUS JUMLAH EKSPORT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan pusat telah menyekat kapal milikan Israel berlabuh di seluruh pelabuhan di malaysia. Berapa peratuskah jumlah eksport daripada Negeri Selangor yang terjejas daripada sekatan ini?

    Purata kendalian kontena syarikat milikan Israel iaitu ZIM pada tahun 2023 adalah sebanyak 112 ribu TEUs dan ianya mewakili 0.3% import, 0.3% eksport dan 1.6% transshipment bagi jumlah kendalian keseluruhan di Westports pada tahun 2023.

    Adalah dijangkakan bahawa kesan ketiadaan persinggahan kapal-kapal ZIM ke Pelabuhan Klang adalah minima bagi kendalian kontena eksport dan juga import berikutan para pengeksport masih lagi mempunyai pilihan menggunakan kapal-kapal syarikat lain bagi mengeksport dagangan mereka. Ini memandangkan Westports mempunyai rangkaian perkhidmatan perkapalan yang besar menghubungkan pelabuhan-pelabuhan antarabangsa lain di seluruh dunia (kecuali ke Israel).

    Ini telah ditunjukkan dengan kendalian kontena eksport Westports bagi bulan Januari 2024 yang telah meningkat ketara iaitu sebanyak 27.61% dengan jumlah kendalian 215,835 TEUs berbanding 169,141 TEUs bagi Januari 2023. Begitu juga dengan kendalian import, Westports telah mengendalikan 209,059 TEUs bagi Januari 2024 berbanding 168,731 TEUs pada Januari 2023, peningkatan sebanyak 23.9%. Manakala bagi kontena transshipment, Westports telah mengendalikan sebanyak 469,734 TEUs pada Januari 2024 berbanding 485,753 TEUs pada Januari 2023, menurun 3.3%.

    Syarikat ZIM akan memindahkan operasi kontena transshipment mereka ke pelabuhan baru yang dipilih bagi menggantikan persinggahan dan operasi mereka di Pelabuhan Klang. Pada tahun 2023, syarikat ZIM telah mengendalikan sebanyak 92 ribu TEUs kontena transshipment di Westports.

Lampiran

Tiada Lampiran.