Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
249) KESAN LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE) DI DUN BUKIT MELAWATI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan impak positif dan negatif pembinaan WCE di DUN Bukit Melawati.
Jajaran Lebuhraya WCE ini adalah melalui Ladang Kelapa Sawit di DUN Bukit Melawati. Jajaran lebuhraya ini memberi impak positif kepada pengguna di kawasan DUN Melawati dengan mempunyai pilihan laluan alternatif ke arah Selatan/Utara dengan menggunakan Lebuhraya WCE melalui Persimpangan Bertingkat Assam Jawa. Lebuhraya WCE juga akan melegakan kesesakan trafik di sepanjang FR5 terutamanya di musim perayaan. Sesuatu pembangunan yang akan dilaksanakan mempunyai impak positif kepada masyarakat dan Kerajaan Negeri akan segera menangani jika terdapatnya impak
-
Sejauh manakah WCE boleh menyelesaikan kesesakan lalulintas di Pekan Kuala Selangor terutamanya pada musim perayaan?
Pada masa ini, through traffic yang menuju terus ke arah Barat (Tg. Karang, Sabak Bernam, Teluk Intan, Setiawan, Pulau Pangkor, Lumut dan sebagainya) menggunakan Jalan FR5 melalui Pekan Kuala Selangor. Dengan adanya Lebuhraya WCE, dijangkakan sekurang – kurangnya 50% daripada trafik yang melalui FR5 pada masa sekarang akan menggunakan Lebuhraya WCE pada musim perayaan.