Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

113) KESAN HAKISAN PINGGIR PANTAI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategik dan perancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesan hakisan pinggir pantai untuk menyelamatkan flora dan fauna ?

    Terdapat beberapa strategik dan perancangan yang sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kesan hakisan pinggir pantai untuk menyelamatkan flora dan fauna oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Bagi mengurangkan kesan hakisan pinggir pantai Justeru itu adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan secara saintifik dan sistematik mestilah dilaksanakan di zon pinggir pantai khususnya dalam konteks mengawal kadar hakisan yang semakin giat berlaku. Strategi pembangunan bagi mengurangkan kadar hakisan ini boleh dilakukan melalui tiga langkah penting. Pertama, langkah perundangan kedua garis panduan pembangunan pantai dan ke tiga kaedah kawalan struktur.

    Langkah perundangan melibatkan perlaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan. Dalam konteks ini pemusnahan hutan bakau boleh dicegah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ada misalnya Akta Perhutanan Negara 1984. Dengan melindungi hutan bakau maka secara langsung kadar hakisan pantai boleh dikawal secara semulajadi.

    Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia  telah mengeluarkan GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN PANTAI yang menekankan aktiviti dan pembangunan di kawasan persisiran pantai. Had anjakan pembangunan di kawasan pantai bertujuan untuk menilai semula beberapa had anjakan pembangunan yang terdapat dalam Garispanduan JPS 1/97 ditambahbaik dengan mengambil kira kadar hakisan fizikal dan faktor nilai ekonomi.

    Manakala langkah melalui kaedah kawalan struktur pula melibatkan aspek kejuruteraan pantai. Antaranya seperti pembinaan benteng konkrit, aspalt, batu

    (armour rock), guni pasir termasuklah “Groin dan Gabion”. Melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, 2 projek kawalan hakisan dan memperkukuhkan banteng sedang dilaksanakan di daerah Sabak bernam dan Kuala Selangor dan  kerja-kerja membina lapis lindung di Pantai Morib- Kelanang telah            siap.

    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Pembinaan dan penyelenggaraan ban pantai merupakan tanggungjawab bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Oleh kerana kos bagi pembinaan ban pantai memerlukan peruntukan yang tinggi, maka permohonan pembinaan atau menaiktaraf ban secara keseluruhan akan dipohon kepada kerajaan persekutuan. Namu begitu, kerajaan negeri juga boleh menampung kos untuk pembinan ban bergantung kepada kewangan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.